Tompok Hitam Besar Muncul Di Lelangit Mulut Anak, Ibu Jadi Panik Dan Terus Bawa Ke Hospital

Tompok Hitam Besar Muncul Di Lelangit Mulut Anak, Ibu Jadi Panik Dan Terus Bawa Ke Hospital | SEORANG ibu diserang panik apabila menyedari terdapat tompok hitam besar di lelangit mulut anaknya.Tompok Hitam Besar Muncul Di Lelangit Mulut Anak, Ibu Jadi Panik Dan Terus Bawa Ke HospitalDarian Depreta dari Amerika Syarikat sedang bermain bersama anak perempuannya Bella apabila dia ternampak tompok hitam tersebut.

Setelah gagal untuk menghilangkan tompok tersebut, Depreta segera membawa anaknya ke hospital.

Setibanya di hospital, Depreta menceritakan keadaan anaknya dan pada mulanya jururawat cuba untuk menanggalkan tompok tersebut namun gagal.

Tompok Hitam Besar Muncul Di Lelangit Mulut Anak, Ibu Jadi Panik Dan Terus Bawa Ke Hospital

Doktor yang ditemui juga tidak dapat mengenal pasti tompok hitam itu namun menyatakan ia kemungkinan tanda lahir yang tidak disedari oleh Depreta sebelum ini.

Namun Depreta enggan percaya ia tanda lahir kerana dia sering memeriksa mulut anaknya dan membersihkannya.

Akhirnya keputusan diambil untuk merujuk situasi Bella kepada doktor pakar.

Seorang jururawat kemudian mencuba sekali lagi untuk menanggalkan tompok itu dan akhirnya ‘kebenaran muncul’.

Ternyata tompok hitam di dalam mulut anak kecil itu adalah cebisan kotak yang terlekat pada lelangit mulutnya.

Tompok Hitam Besar Muncul Di Lelangit Mulut Anak, Ibu Jadi Panik Dan Terus Bawa Ke Hospital

Lega tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada anaknya, Depreta kemudian menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

“Bella bermain dengan sebuah kotak ketika saya sedang berada di dapur, dan saya segera mengambil kotak tersebut daripadanya.

“Saya juga memeriksa mulutnya selepas itu namun tidak perasan terdapat satu cebisan yang terlekat di lelangit mulutnya,” tulis Depreta di Facebook.

Tompok Hitam Besar Muncul Di Lelangit Mulut Anak, Ibu Jadi Panik Dan Terus Bawa Ke Hospital

Menurut Depreta dia bukan sengaja membiarkan Bella bermain dengan kotak tersebut, namun anaknya yang sedang mahu tumbuh gigi akan menggigit apa sahaja yang ditemuinya. – Mirror.co.uk

Sumber: Sinar harian

P/s: Budak-budak kecil memang suka memasukkan benda dalam mulut mereka, sebab itu mereka dijauhkan dengan benda-benda kecil yang berpotensi untuk ditelan oleh mereka. Para ibu bapa sekalian juga kena alert akan benda ini dan jangan cuai. Dalam kes diatas tu, salute pada ibunya yang memang alert dengan keadaan anaknya dan sentiasa memeriksa jika ada sebarang kelainan dan mengambil tindakan sepatutnys.

Facebook Comments