Ainul Mardhiah Dibawa Pulang Secara Rahsia

Ainul Mardhiah Dibawa Pulang Secara Rahsia. Ainul Mardhiah akan dibawa pulang ke Malaysia dalam masa yang terdekat. Demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.Ainul Mardhiah Dibawa Pulang Secara RahsiaMenyedari ramai yang ingin tahu akan perkembangan anak mereka, Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani Zaid memberitahu atas nasihat doktor di London, mereka akan balik secara senyap-senyap kerana takut ramai akan menunggu mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti.

“Kami akan balik secara senyap-senyap berikutan Ainul dalam fasa untuk sembuh dan badannya masih belum kuat.

“Harap semua orang faham keadaan Ainul, demi mengelakkan anak kami daripada jangkitan,” katanyaAinul Mardhiah Dibawa Pulang Secara Rahsia

Ainul Mardhiah menjadi viral di seluruh negara apabila gambarnya yang mempunyai ketumbuhan di mulut mendapat perhatian netizen dan ramai mendoakan kesihatan adik ini.

Ainul Mardhiah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan seberat 200 gram di mulut selepas bertarung nyawa selama lima jam di Hospital Kanak-kanak di UK pada 10 Jun lalu.Ainul Mardhiah Dibawa Pulang Secara Rahsia

Kesihatan Ainul Mardhiah juga dikatakan semakin baik selepas pembedahan dan menunjukkan perkembangan yang positif dari hari ke hari.Ainul Mardhiah Dibawa Pulang Secara Rahsia

Pendapat kami, memang bagus cadangan doktor supaya kepulangan mereka dirahsiakan supaya adik Ainul dapat berehat dengan secukupnya. Sama-sama kita doakan kesihatan adik Ainul Mardhiah supaya cepat sembuh dan sihat.

Gempak Channel

Facebook Comments